Monday, October 14, 2013

IJI day 2

Assalamualaikum....so second day IJI...energy level?? masih HIGH mcm semalam. Apa pun hari ni Sabtu 28 September 2013, terlambat sikit keluar dari rumah. Tapi hari ni tak ramai yang bekerja, jadi jalan agak lengang sikit. Keluar dari rumah 6.30pg. Memang dari rumah dah AURA akan ikut NKVE dan akan parking di kawasan berhadapan dengan parking semalam. Sampai di perkarangan DTAR1 mula mencari parking. Alhamdulillah memang dapat parking seperti yang diinginkan. Nanti kalau siapa-siapa yang pergi Intensif IMKK boleh belajar ye. Agak relax sikit pagi ni. Sampai awal bersarapan dulu dan uruskan apa yg patut sebelum nak berjuang lagi.

Jam 8.20pagi semua dah berkerumun depan pintu masuk. Masih awal tapi semua bersemangat menagih ILMU dari MENTOR DAO. Pintu dah dibuka semua tak sabar berlari masuk mencari tempat di depan sekali kalau boleh. Aku dapat duduk 3 barisan dari depan(kaw. VIP). Jumpa lagi kenalan-kenalan baru, Mohamad Sharizal, Perfume Heaven peniaga minyak wangi dari Melaka. Menarik mendengar sharing jatuh bangun dia dalam perniagaan. Dan sehingga hari ini telah berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Memang  positif-positif semua yang hadir IJI ni. Semuanya dengan niat utama untuk menambahbaik nilai pada diri sendiri dan menolong masyarakat di luar sana dengan berkongsi ILMU dan KEPAKARAN masing masing. Alhamdulillah syukur kerana dikelilingi dengan mereka yang senantiasa ingin maju ke hadapan dengan izinNya.

DAO menyambung lagi sesi perkongsian ILMU ini dengan tips-tips dari segi pemasaran dan teknik-teknik yang digunakan dengan lebih lanjut. Pembacaan ikrar, penetapan matlamat dalam hidup untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, penekanan terhadap ayat bg menyatakan KEPAKARAN masing-masing  di ajar dan semua dengan kusyuk menulis dan berkongsi hasilnya dengan rakan di sebelah. Dengan ini kita lebih fokus dan mudah untuk mengingat kembali matlamat dan kepakaran masing masing. Hari ke-2 ini disudahi dengan testimoni-testimoni dari mereka yang telah mengikuti dan melaksanakan apa yang telah di ajar oleh DAO. Mereka telah menetapkan matlamat yang nyata dan bertindak berdasarkan ILMU yang diperolehi di mana hasilnya ada di antara mereka telah berjaya menjadi JUTAWAN. Syabas dan tahniah dan memang memberi perangsang dan semangat untuk aku lebih KAYA dan BERJAYA. Hari pun dah dekat jam 11.00 malam. Pulang ke rumah, rehat untuk sesi hari terakhir esok.

Wednesday, October 2, 2013

My story...IJI

Assalam semua....selamat minum ptg..dh 330 ptg 2 Oktober 2013. Dah nak dekat hujung tahun. Banyak lagi azam yang belum dipenuhi. Apa pun kena stay positif, stay fokus and be the best and expert in your field. Hari ni nak KONGSI sikit pengalaman di Intensif Jutawan Industri yang lalu. Seperti biasa hari pertama(Jumaat) dengan muka yang mengantuk, terpaksa bangun awal awal pagi buta nak menghala ke PWTC, takut traffic jam maka terpaksa gagahkan jugak. Memang semangat berbelah bahagi time ni.Tak bersemangat lagi. So lepas dah menghantar kesemua askar-askar besar dan kecik ke rumah atuk mereka maka bergeraklah menuju ke PWTC. Masih awal...parking senang..alhamdulillah. Mamat bangla yng jaga parking sebelah Hall 2 Tun Razak ni. "10 ringgit abang untuk satu hari". Okla tu..standard parking rate kat area ni. Lepas parking berdesum ke tempat pendaftaran. Masih awal. Tak ramai orang. Alhamdulillah. Beratur kena ikut abjad dan pakej. Ambil pakej VIP jer. Beratur punya beratur..sampai turn nama tak ada dalam senarai. Sabar. Dugaan nak menuntut ilmu. Banyak istighfar. Peluh dah menitik-nitik. Kena pula pergi beratur di barisan lain. Sabar. Syukur. Proses buat tag nama pula. Alhamdulillah semuanya lancar. Ramai sungguh peserta kali ni...Memang akan MELETOP seminar kali ni. Tak macam yang sebelum ni. Kali terakhir untuk tahun ni.Hmm....terus beratur menunggu untuk pintu dibuka.

Dah dekat jam 8.15 pagi, pintu belum dibuka. Crowd makin ramai dah padat. Sabar. Masa untuk pintu dibuka. Perrgghh...berduyun duyun masuk nak rebut tempat hadapan termasuklah aku. Larii.....perempuan duduk sebelah kiri. Laki sebelah kanan. Memang bagus diasingkan macam ni. Berkat SYUKUR dan SABAR berserta PASSION yang kuat dapatlah duduk di barisan kedua dari hadapan bagi pakej VIP. Sebelum nak masuk tu dah AURA dah untuk dapat duduk depan ni hehee. Siapa IMKK tau ler AURA tu. Dapat kawan baru di kiri usahawan perisian komputer versi ARAB, En.Lokman. Sebelah kanan mekanik kereta yang berjaya dari Johor. Kalau ada sesiapa cari mekanik kat Johor bagitau ye. Tolong PROMOSI kawan-kawan. Seperti biasa..yeaaahh Chicken Dance...semangat giler jadinya. Tapi masih belum berapi ni. Kemudian diumumkan Mentor Kejayaan dan Kekayaan, Mentor Pemasaran No.1 ASIA, Dr. Azizan Osman. Wooooooooo gegak gempita dewan menyambut kedatangan Mentor tersohor ni. Mau pecah anak kerongkong ni bagi semangat hehee..Fuuuhhh memang hebat sambutan kali ni. Kalau tak salah 4300 ribu orang di dalam dewan. "Siapa ingin jadi Jutawan Industri, katakan I". "I I I I I I I I I I ". Fuuhh..superb, awesome. Pepagi ni Doc bagi intro-intro jer apa yang akan dibelajar. Banyak jugak ilmu yang dah pernah belajar dulu. Doc refresh balik kasi segar. Apa-apa pun memang best dan bersemangat pagi ni.

Sampai tengahari, break awal sebab nak sembahyang Jumaat. First time sembahyang di PWTC. Alhamdulillah semuanya senang. Memang ramai sangat yang datang sembahyang sebab banyak function kat sini. BN Youth Fair, pameran pengantin, IJI dan lain lain 2.30 kena masuk dewan semula. Berkejar ke Hall 1 Tun Razak sebab sayangku dah beli makanan. Thank you sayang. Love you. Nasi ayam je..sedaapp jugak tengah lapar. 2.30ptg masuk dewan untuk sesi seterusnya. Kali ni duduk tempat yang sama jugak macam pagi tadi. Memang tak sia-sia AURA ku hehee. Heran sayang sebab tengok asyik dok depan jer.Haaa kena pergi IMKK yang baru tau caranya. Seperti biasa exercise..Chicken Dance. Ingatkan lepas makan semua lentok...waaaaaahhh lagi bersemangat. Memang happenning crowd ni.Anda JUTAWAN INDUSTRI. Barulah mula sessi pembelajaran yg cukup menarik. Banyak ILMU-ILMU baru yang dipelajari. 6.00 ptg break lagi. Aktiviti bebas sehingga jam 8 malam. Sesi malam diteruskan sehingga jam 10.40 mlm. Fuuh memang letih nak balik...tp semangat dah mula positif. Dah mula nampak "Cahaya di hujung Terowong". Betul tak DR hehee. Sampai rumah jam 12am, mandi, solat dan zzzzzZZZ. Jumpa lagi esok.